Cari:
China dan Myanmar Perlu Bersama-sama Pelihara Kerjasama Persahabatan
2012-09-15 15:47:23 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China dan Myanmar perlu terus saling menyokong dalam isu-isu kepentingan bersama yang penting, dan bersama-sama memelihara kerjasama persahabatan bilateral. Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, Wu Bangguo ketika bertemu dengan Presiden Myanmar, U Thein Sein di Naypyidaw semalam.

Wu berkata, pihaknya akan terus menggalakkan dan menyokong syarikat China yang berkeupayaan dan mempunyai kredibiliti yang baik meningkatkan pelaburan di Myanmar, dan aktif menyertai pembangunan ekonomi domestik Myanmar. Sementara itu, China dan Myanmar perlu terus mempergiatkan pertukaran dan kerjasama dalam bidang kebudayaan, pendidikan, dan pelancongan, meningkatkan persefahaman dan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara khususnya golongan pemuda, mengukuhkan asas sosial bagi perkembangan persahabatan bilateral.

U Thein Sein berkata, Myanmar tidak akan melupakan sokongan dan bantuan China dalam bidang politik dan ekonomi terhadap negaranya. Myanmar bersedia merapatkan kerjasama dengan China, meningkatkan kerjasama yang pragmatik dalam bidang infrastruktur, pertanian dan sumber tenaga untuk mendorong perdagangan sempadan dan kerjasama pelaburan. Myanmar akan menyediakan kemudahan kepada syarikat China. Selain itu, beliau juga menegaskan, Myanmar akan terus mengekalkan dasar Satu China, dan menyokong pendirian dan pandangan China untuk memelihara kepentingan negara sendiri.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China