Menurut statistik terkini jabatan pelancongan provinsi Guangxi, jumlah pelancong ASEAN ke Guangxi mencecah 487,600 orang pada separuh pertama tahun ini, meningkat 32.2% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Sepuluh negara sumber pelancongan yang terbanyak bagi Guangxi adalah Vietnam, Malaysia, Republik Korea, A.S., Singapura, Indonesia, Thailand, Perancis, Jepun dan Kanada.
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Guangxi telah berjaya meneroka dan mempromosi beberapa destinasi dan pakej pelancongan yang istimewa, seperti Sungai Lijiang di kota Guilin, pertunjukan "Jejak Kak Liu Sanjie" dan Jalan Xijie di Pekan Yangshuo yang telah menjadi destinasi pelancongan terkenal pada masa ini.
Pakar mencadangkan Guangxi mengambil peluang penubuhan Zon Kerjasama Pelancongan Antarabangsa China-Vietnam untuk mempertingkatkan pembinaan jenama pelancongan rentas sempadan dengan Vietnam. Selain itu, Guangxi patut meneroka dan membina model baharu lautan di sekitar Kawasan Teluk Beibu untuk membangunkan industri pelancongan lautan supaya menarik lebih ramai pelancong asing ke Guangxi.