Sistem pengangkutan di Sungai Beilun yang maju membolehkan perdagangan antara bandar Dongxing, Guangxi, China dan bandar Mong Cai, Vietnam berkembang pesat. Di samping itu juga, kerjasama badan pencari dan penyelamat laut China dengan Vietnam juga turut dipertingkatkan. Kedua-dua negara telah menjalankan tindakan menyelamat bersama sebanyak 15 kali berasaskan mekanisme kerjasama penyelamat di laut dua hala yang positif sejak sembilan tahun lalu.
Latihan bersama menyelamat di laut China dan Vietnam yang pertama telah berjaya diadakan pada bulan Ogos tahun ini. Peraturan Pengurusan dan Pengawasan Keselamatan Pengangkutan Perkapalan Sungai Beilun Dongxing, Guangxi yang sedang digubal akan membantu menyelesaikan masalah berkaitan kawal selia sungai sempadan.