Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung baru-baru ini menafikan khabar angin tentang negaranya memerlukan bantuan kewangan daripada Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) dan negara yang lain di rantau ini. Menurutnya, berikutan situasi ekonomi makro di Vietnam agak positif, pendapatan dan perbelanjaan adalah seimbang. Pihaknya tidak memerlukan bantuan daripada mana-mana pihak.
Vietnam pernah menjadi entiti ekonomi yang berkembang pesat di Asia Tenggara. Tetapi ekonomi di negara itu terjejas pada masa ini akibat kadar inflasi yang tinggi, kadar pertumbuhan dan kecekapan syarikat milik negara yang rendah serta krisis perbankan.