Putera William dan isteri baginda, Kate Middleton berangkat dari Lapangan terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ke Kepulauan Solomon selepas lawatan selama empat hari di Malaysia .
Pasangan Diraja Britain itu tiba di Malaysia pada tengah hari 13 September lalu. Lawatan ini merupakan sebahagian lawatan pasangan berkenaan ke Asia-Pasifik sempena ulang tahun ke-60 Pertabalan Ratu Elizabeth II.
Baginda berdua telah menghadiri majlis santapan tengah hari yang diadakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.