Forum Kumpulan Pemikir China-ASEAN Tahun 2012 diadakan di Nanning, Guangxi semalam sebagai salah satu siri forum Ekspo China-ASEAN ke-9. Para peserta membincangkan kerjasama China-ASEAN di bawah situasi baru.
Naib Pengerusi Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, Li Kang mencadangkan, pihak terbabit mempertingkat kerjasama Guangxi dan ASEAN dengan memperhebat kemampuan inovasi, memperkukuh penyelarasan perindustrian, mempercepat pembinaan jaringan pengangkutan dan memperdalam pembangunan mekanisme kerjasama.
Wakil kumpulan pemikir ASEAN, Naib Ketua Akademi Sains Diraja Kemboja, Sum Chum Bun berkata, kerjasama ekonomi dan perdagangan China-Kemboja meningkat 46 kali ganda sejak 20 tahun yang lalu. Beliau berharap kedua-dua pihak terus membangunkan kerjasama dalam pelbagai bidang.