Minggu Pertukaran Pendidikan China-ASEAN ke-5 yang dirasmikan di Guiyang semalam akan terus mendorong kerjasama pragmatik China dengan negara-negara ASEAN dalam bidang pendidikan, memperluas skop pertukaran pelajar luar negara bagi merealisasikan "Rancangan Mobiliti Gandaan Seratus Ribu Pelajar", dan meningkatkan kerjasama latihan pendidikan vokasional dan sumber manusia.
Pengerusi Persatuan Pertukaran Antarabangsa Pendidikan China, Zhang Xinsheng dalam upacara perasmian itu berkata, China dan ASEAN perlu terus meningkatkan kerjasama pendidikan serantau, berkongsi hasil pendidikan, meningkatkan kualiti pendidikan serantau bagi meningkatkan daya saing dan pengaruh pendidikan serantau di mata dunia.