Cari:
Diplomat Jelaskan Hubungan China-ASEAN dan Isu Laut China Selatan
2012-09-18 12:30:47 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Penolong Menteri Luar China, Le Yucheng mengadakan rundingan dasar diplomasi dengan Ketua Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Dasar di Asia-Pasifik dan Rantau Afrika Kementerian Luar Indonesia, Siswo Pramono di Jakarta semalam. Dalam rundingan tersebut, Le Yucheng menghuraikan pandangannya berhubung hubungan China dengan ASEAN dan isu Laut China Selatan.

Ketika menyebut hubungan China dengan ASEAN, beliau berkata, dasar China bagi ASEAN merangkumi "tiga sokongan", iaitu pertama, menyokong perpaduan dan kerjasama ASEAN. Kedua, menyokong pembinaan integrasi ASEAN. Ketiga, menyokong ASEAN memainkan peranan dominan dalam kerjasama Asia Timur.

Berhubung isu Laut China Selatan, beliau menyatakan bahawa China enggan melihat pertikaian mengenai isu tersebut baru-baru ini. Tindakan yang dibuat oleh beberapa negara melencong daripada semangat yang dipatuhi dalam Deklarasi Tatalaku Pihak Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan dan juga menjadi punca utama yang menyebabkan ketegangan di perairan tersebut dewasa ini. Beliau berpendapat, isu tersebut sepatutnya diselesaikan dari dua aspek. Pertama, meredakan situasi yang tegang, dan memulihkan semula rasa saling mempercayai. China menyokong perpaduan dan kerjasama ASEAN, maka ASEAN juga harus penuh menghormati kepentingan China. Kedua, giat memperkasakan kerjasama dan penerokaan bersama di perairan itu dengan mengetepikan pertikaian berkenaan terlebih dahulu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China