Presiden Myanmar, U Thein Sein menyatakan bahawa kerjasama antara provinsi Yunnan, China dengan Myanmar berpotensi besar. Negaranya mengalu-alukan perusahaan Yunnan melabur ke Myanmar.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan singkat dengan Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis China Provinsi Yunnan, Qin Guangrong dan Gabenor Provinsi Yunnan, Li Jiheng di Lapangan Terbang Antarabangsa Changshui, Kunming pagi semalam.
U Thein Sein berkata, pelaburan perusahaan Yunnan ke Myanmar dapat mencipta lebih banyak peluang pekerjaan sekali gus menggalakkan pertumbuhan ekonomi tempatan.
Qin Guangrong mencadangkan Yunnan dan Myanmar menganjurkan simposium kerjasama dua hala yang berkala demi pembinaan zon kerjasama ekonomi sempadan dan kerjasama pragmatik dalam bidang pertanian. Selain itu, kedua-dua pihak harus giat memperkasakan pembinaan sistem perhubungan dan infrastruktur pengangkutan. Yunnan akan aktif menyertai pembinaan Zon Pembangunan Ekonomi Kyaukpyu Myanmar pada masa depan.