Cari:
Lebih 100 Ribu Pelajar China Menuntut di Negara ASEAN
2012-09-19 13:04:11 CRI Cetak

Setakat penghujung tahun lalu, jumlah pelajar China yang menuntut di negara-negara ASEAN melebihi 100 ribu orang, menepati sasaran "program penghantaran 100 ribu pelajar" antara China dengan 10 buah negara ASEAN, lapan tahun lebih awal daripada sasaran yang dijangkakan.

Pada Oktober tahun 2009, Perdana Menteri China, Wen Jiabao mengumumkan program itu untuk menggiatkan hubungan rakan kerjasama strategik China-ASEAN ketika beliau menghadiri sidang pemimpin Asia Timur.

Dalam pelaksanaan program itu, kerajaan China menambah bilangan pelajar ASEAN yang boleh menikmati biasiswa, di samping menggalakkan pelajar China menuntut di negara ASEAN. Kini, jumlah pelajar dari negara ASEAN di China mencatat 54,790 orang, manakala pelajar China yang menuntut di negara ASEAN mencatat 101,039 orang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China