Cari:
Kerjasama Kewangan Pemangkin Hubungan Perdagangan dan Ekonomi China-ASEAN
2012-09-19 13:42:27 CRI Cetak

Penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) menggalakkan penerokaan pelbagai bidang kerjasama kewangan kedua-dua pihak. Tokoh profesional percaya kerjasama itu akan terus memudahkan kedua-dua pihak dan memacu perkembangan perdagangan dan ekonomi China-ASEAN.

China dan ASEAN adalah rakan dagang yang penting antara satu sama lain. Sehingga tahun 2011, 10 negara ASEAN telah menubuhkan lebih 30 buah institusi perbankan, manakala institusi kewangan China juga telah menubuhkan lebih 10 buah cawangan di negara ASEAN. Pada masa yang sama, China telah menandatangani memorandum kerjasama pemantauan dan pengawalan kewangan dengan Indonesia, Laos, Singapura, Vietnam dan Thailand. Selain itu, banyak syarikat China memilih untuk disenaraikan di bursa tempatan negara ASEAN termasuk Singapura.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China