Penolong Menteri Luar China Le Yucheng mengadakan rundingan dasar diplomasi dengan Timbalan Menteri Luar Thailand, Sihasak dalam tempoh lawatan beliau ke Thailand pada 19 September lalu. Dalam rundingan tersebut, kedua-dua pegawai bertukar-tukar pendapat dan mencapai persepakatan yang penting dalam isu-isu yang menjadi perhatian bersama.
Kedua-dua pihak juga berpuas hati terhadap pembangunan hubungan bilateral. Le Yucheng menyatakan bahawa pengumuman untuk menjalinkan hubungan rakan kerjasama strategik secara menyeluruh tahun ini dan rancangan kerjasama strategik telah menjadi hala tuju pembangunan hubungan China-Thailand. Pihak China bersedia untuk meningkatkan persefahaman dengan Thailand untuk mendorong kerjasama dalam pelbagai bidang, sekali gus menggalakkan hubungan dua hala ke tahap yang baharu.
Le Yucheng juga menjelaskan pandangan dan pendirian China tentang hubungan China-ASEAN dan isu kerjasama Asia Timur. Menurut beliau, sebagai salah sebuah negara yang penting dalam ASEAN,Thailand sedang menjadi negara penyelaras hubungan China-ASEAN. China berharap Thailand meningkatkan hubungan dengan pelbagai negara bagi mendorong hubungan China-ASEAN. Kerjasama Asia Timur tidak boleh diganggu oleh masalah dan kepentingan sesebuah negara, dan semua pihak harus bekerjasama untuk merealisasikan pembangunan kerjasama Asia Timur.
Beliau turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Thailand, Surapong dan bekas Menteri Luar Thailand, Surakiart