Cari:
CAEXPO Ke-9 Dirasmikan Besok
2012-09-20 14:14:24 CRI Cetak

Taklimat sempena perasmian Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) Ke-9, Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) Ke-9, dan Forum Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) 2012, diadakan di Nanning pagi tadi.

Naib Pengarah Jabatan Urusan Kementerian Perdagangan China, Chen Guokai memaklumkan, pihaknya menerima 5710 permohonan gerai pameran, iaitu meningkat 24% daripada sasaran. 4,600 buah gerai pameran disediakan untuk 2,280 syarikat. 1,300 gerai diperuntukkan bagi ASEAN, termasuk Myanmar, Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Laos manakala selebihnya untuk negara luar rantau berkenaan.

Naib Presiden China, Xi Jinping, Presiden Myanmar, U Thein Sein, Perdana Menteri Laos, Thongsing Thammavong, Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Perdana Menteri Thailand, Kittiratt Na Ranong dijangka menghadiri perasmian terbabit.

Dalam CAEXPO kali ini, kerjasama pelaburan antara satu sama lain digalakkan. Sehubung itu, Sidang Penarikan Pelabur ke Taman Perindustrian ASEAN akan diadakan buat kali pertama bagi menyediakan platform baru kepada syarikat China yang berhasrat melabur ke ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China