Xi Jinping Bertemu dengan Perdana Menteri Laos, Thongsing Thammavong.
Timbalan Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Laos, Thongsing Thammavong, Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung dan Timbalan Perdana Menteri Thailand, Kittirat Na Ranong yang menghadiri Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) Ke-9 di Nanning malam ini.
Dalam pertemuan dengan Thongsing, Xin Jinping berkata, China dan Laos patut melaksanakan persepakatan penting yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara bagi mempererat hubungan rakan strategik dan kerjasama secara menyeluruh dan bersama-sama mengatasi cabaran demi kesejahteraan rakyat negara masing-masing.
Ketika bertemu dengan Nguyen Tan Dung, Xi berkata, China menanti-nantikan komunikasi erat dengan Vietnam dalam tempoh siri Sidang Pemimpin Asia Timur yang bakal diadakan pada November depan. Pemimpin kedua-dua negara pernah mencapai banyak persepakatan dalam isu Laut China Selatan. Kedua-dua pihak patut melaksanakan persepakatan berkenaan secara bersungguh-sungguh. Ini juga penting bagi memperkasakan kerjasama prakmatik dua hala dalam pelbagai bidang.
Xi Jinping bertemu dengan Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung.
Nguyen Tan Dung berkata, isu Laut China Selatan harus diselesaikan melalui rundingan supaya dapat mengelakkan hubungan kedua-dua negara daripada terjejas ekoran pertikaian itu.
Xi Jinping bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Thailand, Kittirat Na Ranong.
Xi Jinping menyanjung tinggi sokongan dan kerjasama Thailand dalam penyiasatan dan perbicaraan kes "5 Oktober" Sungai Meikong. Beliau berkata demikian ketika bertemu dengan Kittirat Na Ranong.
Xi berkata, China bersedia bersama dengan Thailand, Laos dan Myanmar memelihara keselamatan di kawasan aliran Sungai Mekong.
Xi Jinping bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Thailand, Kittirat Na Ranong.
Kittirat berkata, Thailand amat mementingkan kes "5 Oktober" dan akan terus menyediakan bantuan yang diperlukan sepanjang perbicaraan kes itu.