China dan ASEAN perlu melaksanakan dan menyempurnakan pelbagai perjanjian mengenai Kawasan Perdagangan Bebas China-ASESAN (CAFTA) untuk meningkatkan jumlah perdagangan antara kedua-dua pihak ke tahap USD 500 bilion menjelang tahun 2015.
Timbalan Presiden China, Xi Jinping berkata demikian ketika menghadiri Forum CAFTA 2012 di Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi pagi tadi.
Menurutnya, CAFTA yang melibatkan 1.9 bilion orang penduduk telah wujud hampir tiga tahun. CAFTA telah menjadi asas yang kukuh bagi kerjasama integrasi serantau yang berpusatkan ASEAN. China dan ASEAN perlu meningkatkan kerjasama pelaburan bilateral, komunikasi serta pertukaran sosial.