Ekspo China-ASEAN Ke-9 yang bermula pada 21 hingga 25 September ini telah dirasmikan di Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China pagi tadi. Timbalan Presiden China, Xi Jinping, Presiden Myanmar, U Thein Sein, Perdana Menteri Laos, Thongsing Thammavong, Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung, Timbalan Perdana Menteri Thailand, Kittirat Na-Ranong dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir dalam upacara itu.
Xi Jinping dan pemimpin negara ASEAN lain juga akan menghadiri Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN Ke-9 sempena upacara perasmian Forum Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) 2012.
Perdagangan dua hala China dengan negara ASEAN mencatat jumlah USD 362.85 bilion pada tahun 2011. China telah menjadi rakan dagang terbesar bagi ASEAN, manakala ASEAN merupakan rakan dagang ketiga terbesar bagi China.