Xi Jinping bertemu dengna Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri' Muhyiddin Yassin.
Timbalan Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan secara berasingan dengan Presiden Myanmar, U Thain Sein, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri' Muhyiddin Yassin serta Utusan Khas Presiden Benigno Aquino III merangkap Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri Filipina, Mar Roxas yang menghadiri Ekspo China-ASEAN Ke-9 (CAEXPO) di Nanning semalam.
Ketika bertemu dengan Muhyiddin, Xi Jinping berkata, kini, Malaysia merupakan rakan dagang terbesar bagi China dalam lingkungan ASEAN . Kedua-dua negara patut memperluas pelaburan dua hala, melaksanakan pembinaan dua taman perindustrian di negara masing-masing dan memperkasakan kerjasama dan pertukaran dalam bidang kewangan, sosiobudaya dan pendidikan.
Muhyiddin menyatakan bahawa CAEXPO merupakan wadah yang penting bagi negara anggota ASEAN termasuk Malaysia untuk mempertingkatkan hubungan dengan China. Kerjasama antara kedua-dua negara telah membuahkan hasil yang memuaskan dewasa ini. Negaranya bersedia terus mengukuhkan hubungan rakan kerjasama strategik agar dapat memberi sumbangan kepada perkembangan hubungan China-ASEAN.
Xi Jinping bertemu dengan Mar Roxas.
Dalam pertemuan dengan Mar Roxas, Xi berkata, Presiden Aquino menugaskan utusan khas menghadiri CAEXPO kali ini memperlihatkan sikap beliau yang mementingkan hubungan China-Filipina. China berharap kedua-dua negara dapat bersungguh-sungguh melaksanakan persepakatan penting yang telah dicapai oleh Presiden Hu Jintao dengan Presiden Aquino pada tahun lepas supaya hubungan China-Filipina dapat kembali ke landasan yang normal.
Roxas menyanjung tinggi peranan positif CAEXPO terhadap perkembangan hubungan China-ASEAN. Katanya, Filipina berharap memelihara kerjasama dan memupukkan rasa saling mempercayai serta persahabatan dengan China dalam pelbagai bidang pada masa depan.
Xi Jinping bertemu dengan Presien Myanmar U Thain Sein.