Cari:
Sidang Promosi Peluang Perniagaan Malaysia di Nanning
2012-09-22 15:37:46 Agensi Berita Xinhua China Cetak

"Sidang Promosi Peluang Pelaburan Malaysia" anjuran Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Nanning hari ini.

Sejak hubungan diplomatik antara Malaysia dengan China terjalin pada 38 tahun yang lalu, hubungan bilateral kedua-dua negara terus berkembang. China menjadi rakan dagang terbesar bagi Malaysia dalam tiga tahun berturut-turut. Manakala, Malaysia pun mengekalkan kedudukan sebagai rakan dagang terbesar bagi China dalam lingkungan ASEAN. Jumlah perdagangan dua hala meningkat 21.3%, dengan mencatat USD 90 bilion pada tahun 2011.

Dalam sidang promosi berkenaan, MIDA memperkenalkan suasana dan dasar pelaburan di Malaysia secara menyeluruh, di samping mempromosi bidang pelaburan utama, termasuk projek Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP), Negeri Pahang, teknologi biologi dan projek kewangan di pulau Labuan. Sidang tersebut dipercayai berperanan menggalakkan kerjasama dalam projek yang konkrit dan membawa manfaat pragmatik kepada pelabur kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China