Cari:
China Rakan Perdagangan Terbesar bagi Vietnam
2012-09-23 15:27:16 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China telah menjadi rakan perdagangan terbesar bagi Vietnam dewasa ini.

Demikian dinyatakan oleh Naib Ketua Pengarah Jabatan Hubungan Antarabangsa Dewan Industri dan Perdagangan Vitenam, Pham Quang Thinh dalam Forum Kerjasama Perusahaan Vietnam-China yang diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Nanning semalam.

Beliau memaklumkan bahawa jumlah perdagangan dua hala bagi tahun 2011 meningkat 30.7% berbanding tahun yang lalu, dengan mencecah USD 35.7 bilion. Projek pelaburan China di Vietnam telah mencatat 866 buah setakat 20 Ogos tahun ini, dengan melibatkan dana sebanyak USD 4.52 bilion.

Provinsi Guangxi sahaja, sudah pun merealisasikan perdagangan dengan Vietnam yang bernilai USD 3.6 bilion pada setengah tahun pertama tahun ini.

Kerjasama China dan Vietnam dalam bidang pelaburan, pengangkutan, pelancongan dan pembinaan zom kerjasama ekonomi rentas sempadan telah membuahkan hasil yang memuaskan pada masa ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China