Kopi ASEAN, termasuk kopi putih Malaysia dan kopi hitam Vietnam dipamerkan di Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-9 untuk sajian kepada pembeli dan pengguna dari pelbagai negara. Ini kali pertama CAEXPO mengadakan pameran kopi ASEAN.
China merupakan pasaran kopi yang berpotensi untuk berkembang pesat. Kopi ASEAN yang berkualiti tinggi diminati pengguna China dan mampu memenuhi permintaan pengguna negara ini. Untuk memenuhi permintaan pasaran terhadap produk itu, 63 gerai pameran kopi disediakan dalam CAEXPO kali ini.