Ekspo Kereta, Jentera Pembinaan dan Alat Ganti China-ASEAN Ke-2 telah dirasmikan di Pusat Pameran Antarabangsa Liuzhou, China semalam.
Lebih 300 syarikat dan jenama kereta yang terkenal termasuk dari negara ASEAN menyertai pameran tersebut.
Ekspo ini menumpukan pasaran China dan negara ASEAN, di samping meneroka pasaran di India, Iran, Amerika Selatan, Jepun, Republik Korea dan Eropah Timur.