Ekspo China-ASEAN ke-9 selama lima hari berakhir petang semalam. Seramai 52 ribu orang ahli perniagaan dari pelbagai negara menyertai eskpo ini. Dalam ekspo kali ini, jumlah perdagangan mencatat USD1.778 bilion, 118 pasal kontrak kerjasama ekonomi antarabangsa ditandatangani, jumlah seluruh pelaburan mencatat USD 8.204 bilion.
Selaras dengan trend pembangunan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dengan negara ASEAN dan pertukaran kebudayaan, 13 siri persidangan dan aktiviti pertukaran dengan pelbagai negara ASEAN yang berfokuskan kerjasama dalam bidang piawaian mutu, kewangan, kebudayaan, inovasi pembuatan, kumpulan pemikir, logistik, perubatan, pembangunan urban, dan pendidikan turut diadakan.
Ekspo China-ASEAN ke-10 akan diadakan di Nanning pada 20 hingga 24 September tahun 2013. Filipina bakal menjadi negara kehormat ekspo itu.