Cari:
Sin Chew Daily: Pemilihan Mo Yan Tanda Kebudayaan China Diiktiraf Dunia
2012-10-15 11:47:04 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Akhbar Sin Chew Daily Indonesia dalam rencana pengarangnya mengatakan bahawa pemilihan penulis China, Mo Yan sebagai penerima Hadiah Nobel 2012 dalam bidang kesusasteraan menandakan kebudayaan China telah diiktiraf oleh dunia.

Rencana yang diterbitkan pada Sabtu lalu itu berpendapat, Mo Yan yang telah menulis lebih 80 buah karya realisme kemanusiaan memaparkan sebuah dokumentari yang berlatarbelakangkan masyarakat kontemporari China kepada dunia. Pemilihan beliau menandakan kriteria pemilihan Hadiah Nobel dan hadiah-hadiah lain sedang mengalami perubahan.

Di samping itu, pemilihan Mo Yan juga menandakan realisme dan semangat kemanusiaan telah menjadi trend perkembangan kesusasteraan dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China