Cari:
Presiden MCA Ucap Tahniah atas Pencapaian PKC
2012-10-16 17:13:37 CRI Cetak

"fullScreen" VALUE="0">








Parti Komunis China (PKC) mencapai kejayaan yang amat besar dalam bidang pembangunan negara, pengurangan kadar kemiskinan dan pembinaan infrastruktur. China membangun dengan pesat di bawah kepimpiman parti tersebut.

Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA), Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata demikian dalam wawancara eksklusif dengan Radio Antarabangsa China (CRI) hari ini.

Beliau berkata, negara-negara di dunia mempunyai harapan yang tinggi terhadap China, iaitu harapan bahawa pertumbuhan ekonomi China dapat membantu dan merangsang ekonomi di rantau Asia dan dunia. Jika kita membuat perbandingan pembangunan China dengan negara-negara yang lain, tidak dapat dinafikan dalam tempoh 10 tahun yang lalu China membangun dengan harmoni. Rakyatnya hidup aman dan damai.

Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menegaskan bahawa ekonomi China tidak mengalami kemerosotan, sebaliknya menghadapi penurunan kadar pertumbuhan ekonomi dari 10-12% setahun kepada 7-8% setahun. Namun, ia juga merupakan satu cabaran bagi kepimpinan baharu PKC untuk merangsang ekonomi negara sekali gus menyumbang kepada ekonomi dunia.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China