Cari:
Filipina ingin Eratkan Hubungan dengan Pemimpin Baharu China
2012-11-08 14:54:37 CRI Cetak

Kerajaan Filipina berharap memperkukuh hubungan dengan China melalui pemimpin baharu negara ini.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Istana Presiden Filipina, Edwin Lacierda hari ini.

Beliau berkata, pihaknya berharap bekerjasama dengan pemimpin baharu China yang akan terpilih dalam Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunis China untuk mendorong pembangunan hubungan dua hala dalam bidang perdagangan, pelancongan dan kebudayaan.

Beliau berkata, pertikaian di Laut China Selatan hanya menduduki satu bahagian yang amat kecil dalam hubungan kedua-dua negara. China dan Filipina perlu memberikan perhatian kepada aspek hubungan dua hala yang lebih penting.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China