Pertandingan akhir "Nyanyian Lagu Persahabatan China-Vietnam" peringkat zon China diadakan di Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, China pada Sabtu lalu. Selepas pertandingan pelbagai peringkat dalam tempoh enam bulan lepas, 25 orang penyanyi dari kedua-dua negara berjaya melayakkan diri ke pertandingan tersebut.
Pertandingan akhir antara penyanyi warga China dengan Vietnam akan diadakan di Guangxi pada 18 November ini dan bakal disertai oleh enam peserta dari setiap negara.