Majlis Kedamaian dan Perpaduan Laos menyatakan, negaranya yakin resolusi yang diluluskan dalam kongres tersebut akan terus menggalakkan pengubahsuaian mod pembangunan ekonomi dan pembangunan China dengan lebih makmur dan kuat.
Pengarah Eksekutif Institut Kerjasama dan Kedamaian Kemboja (CICP), Dr. Chheang Vannarith berkata, kongres ini merupakan batu tanda yang baharu bagi China dan dunia. Di bawah pimpinan PKC, rakyat China akan terus menikmati hasil pembaharuan sistem politik dan ekonomi yang berpandukan konsep pembangunan secara saintifik. Pihaknya melihat kejayaan China sebagai kejayaan sendiri.
Mantan Timbalan Perdana Menteri Thailand, Phinij Jarusombat menyatakan, kongres ini amat bermakna untuk mendorong kedamaian dunia dan memperluas kerjasama antara pelbagai negara. Negaranya berharap semoga PKC mengetuai rakyat China mencapai kemajuan baharu dalam pembangunan sosialisme.