Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) merangkap Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam (PKV), Nguyen Phu Trong, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Revolusi Rakyat Laos (LPRP) merangkap Presiden Laos, Choummaly Sayasone dan Presiden Parti Pheu Thai (PTP), Charuphong Rueangsuwan semalam masing-masing mengutus kawat tahniah kepada Xi Jinping atas pemilihan beliau sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China(PKC).
Dato' Seri Najib dalam kawat tahniahnya berkata, beliau yakin China akan mencapai kemajuan dan kemakmuran yang lebih cemerlang melalui kepimpinan bijak Xi Jinping. Malaysia berhasrat memperkasakan kerjasama yang saling menguntungkan dengan China, memperluas kepentingan bersama di samping mengekalkan penyelarasan yang rapat dengan China dalam hal-ehwal serantau dan antarabangsa.