Final Pertandingan "menyanyi lagu persahabatan" China-Vietnam 2012 diadakan di Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, China malam tadi. 12 orang penyanyi dari kedua-dua negara bertanding dalam final tersebut. Penyanyi dari China, Tang Yan dan penyanyi dari Vietnam, Chan Thu Thuy dinobatkan berkongsi Hadiah Pertama dalam pertandingan kali ini.
Pertandingan"menyanyi lagu persahabatan" China-Vietnam 2012 mula diadakan di Beijing, Nanning, China dan Quang Ninh, Vietnam sejak bulan Mei yang lalu. Wang Gengnian, Presiden Radio Antarabangsa China (CRI), iaitu salah satu pihak penaja berkata, pertandingan itu memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan pertukaran kebudayaan, kerjasama dan persahabatan antara kedua-dua negara.