Cari:
Wen Jiabao Kemuka Cadangan dalam Sidang Kemuncak 10+3
2012-11-20 14:52:59 CRI Cetak

ASEAN, China, Jepun dan Republik Korea mengadakan sidang kemuncak di Phnom Penh, Kemboja semalam. Semua pihak terbabit menyatakan bahawa kerjasama dalam rangka 10+3 memainkan peranan yang tidak boleh digantikan bagi mendorong integrasi Asia Timur dan memperhebat kerjasama serantau, dan juga menegaskan keikhlasan masing-masing untuk memperkukuh kerjasama tersebut. Perdana Menteri China, Wen Jiabao mengemukakan cadangan bagi mempertingkat kemampuan menangani krisis dan memperluas kesalinghubungan satu sama lain.

Sidang kemuncak untuk memperingati ulang tahun ke-15 kerjasama 10+3 dirasmikan semalam. Pemimpin pelbagai negara membentangkan pelbagai cadangan dan inisiatif berhubung kerjasama dalam rangka berkenaan.

Pada Disember 1997, mesyuarat tidak rasmi pemimpin 10+3 yang pertama diadakan di Kuala Lumpur. Pada tahun 2004, semua pihak terbabit bersepakat menjadikan mekanisme 10+3 sebagai saluran utama pembangunan Komuniti Asia Timur yang dilihat satu matlamat jangka panjang. Dalam perkembangannya selama 15 tahun, 10+3 telah menubuhkan 66 buah mekanisme pelbagai peringkat yang melibatkan 24 bidang termasuk keselamatan politik, ekonomi dan kewangan, sumber tenaga dan pembangunan lestari serta sosiobudaya. Ia mencapai prestasi luar biasa dalam usaha melindungi keselamatan kewangan dan bijirin.

Dalam ucapan semalam, Wen berkata, kerjasama Asia Timur kini berada pada peringkat yang penting. Semua pihak terbabit perlu menumpu kepada pembangunan, memperhebat pembinaan mekanisme dan mengusahakan Komuniti Asia Timur. Beliau mencadangkan supaya 10+3 meningkatkan kemampuan mengatasi krisis, mempercepat pemindaan Multilateralisasi Inisiatif Chiang Mai, menaiktaraf Jabatan Pengajian Makroekonomi 10+3 menjadi pertubuhan antarabangsa serantau dengan secepat mungkin, dan mengambil inisiatif dalam pembangunan pasaran bon Asia, di samping mendorong proses integrasi industri serantau.

Berhubung kerjasama kesalinghubungan, Wen berkata, China memuji usulan dikemukakan oleh Thailand. 10+3 perlu aktif membangunkan wahana, meningkatkan penyelarasan dasar dan perundangan, memperluas saluran Tawaran Awam Permulaan (IPO), membina jaringan infrastruktur yang mudah dan berkecekapan tinggi, menggalakkan kemudahan prosedur laluan kastam dan pertukaran kakitangan bagi menyokong pembangunan ekonomi serantau.

Pemimpin pelbagai pihak amat menghargai peranan penting China dalam pelaksanaan dan pencapaian kerjasama 10+3.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China