Cari:
Filipina Mahu ASEAN Pertimbangkan Pertikaian di Laut China Selatan
2012-11-23 14:46:00 CRI Cetak

Menteri Luar Filipina, Albert del Rosario kelmarin mengumumkan bahawa Filipina, Vietnam, Malaysia dan Brunei Darussalam bakal bermesyuarat pada bulan depan untuk mencapai "penyelesaian pertikaian secara damai dan kaedah pemeliharaan keamanan dan kestabilan serantau". Pada tahun ini, Filipina kerap kali menggembar-gemburkan isu Laut China Selatan, mencabar kesabaran China dan terus menimbulkan pertikaian dalam ASEAN dengan niat untuk membesarkan, merumitkan dan mengantarabangsakan isu berkenaan.

Mesyuarat peringkat timbalan menteri itu dijadualkan di Manila pada 12 Disember nanti, tetapi butiran mesyuarat tersebut masih belum diputuskan. Buat masa ini, masih tiada maklum balas daripada negara-negara lain. Sama ada sidang berkenaan dapat diadakan atau tidak, masih belum diketahui.

Pertama, sebarang sidang berhubung isu Laut China Selatan yang diadakan tanpa kehadiran China tidak akan berhasil. Kedua, sidang berkenaan mungkin mengakibatkan ASEAN berpecah belah. Terdapat persepakatan asas dalam ASEAN berhubung perairan tersebut, iaitu penyelesaian mesti dicapai secara bilateral antara negara ASEAN terbabit dengan China, dan pengantarabangsaan isu itu ditentang. Tindakan Filipina yang membelakangi persepakatan itu membawa risiko yang besar. Ketiga, empat buah negara tersebut juga mempunyai masalah koordinasi antara satu sama lain. Meskipun Filipina berharap dapat membincangkan masalah sempadan dalam mesyuarat itu nanti, pertikaian antara tiga negara lain dengan China adalah tidak sama. Filipina akan menghadapi kesukaran dalam menyeimbangkan pendiriannya dengan tiga negara tersebut. Dan keempat, oleh sebab mesyuarat tersebut hanya pada peringkat timbalan menteri, ia dianggap kurang berpengaruh terhadap dasar kerajaan negara terbabit.

Niat Filipina adalah untuk mendapat keuntungan daripada perumitan dan pengantarabangsaan isu tersebut. Ini kerana pertama sekali, strategi Amerika Syarikat (AS) yang kembali ke Asia secara tidak langsung memberi peluang kepada Filipina untuk menimbulkan kekacauan dalam isu perairan berkenaan. Tindakan Filipina setakat ini memang sejajar dengan strategi AS itu, kerana negara itu berharap untuk mendapat lebih banyak bantuan ketenteraan dan ekonomi. Kedua, dengan menimbulkan masalah dan meletakkan tekanan terhadap China, Filipina berharap untuk mendapat lebih banyak faedah. Ketiga, Filipina mahu memperhebat pengaruhnya dalam ASEAN dan membina "imej teras ASEAN" sendiri.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China