Pesta Kebudayaan dan Kesenian Negara-Negara Kawasan Pengaliran Sungai Lancang-Mekong 2012 berakhir di bandar Jinghong, Daerah Autonomi Dai Xishuangbanna provinsi Yunnan, China semalam.
Ahli seni lebih 10 etnik minoriti provinsi Yunnan, China dan lima negara di kawasan pengaliran Sungai Lancang-Mekong, termasuk Laos, Myanmar, Thailand, Kemboja dan Vietnam telah berkumpul dalam pesta yang berlangsung selama tiga hari itu.