Cari:
Prof. Wu Sumbang RM50 Ribu untuk Tabung Pembangunan Pengajaran Bahasa Melayu
2012-12-05 16:35:16 CRI Cetak

Prof. Wu Zongyu dari Universiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing (BFSU) menyumbangkan RM50 Ribu bagi Penubuhan Tabung Pembangunan Pengajaran Bahasa Melayu di China. Sumbangan tersebut disampaikan dalam satu majlis yang telah diadakan di universiti itu pagi tadi. Sumbangan berjumlah 50 ribu ringgit tersebut merupakan hadiah yang diperoleh Profesor Wu apabila dianugerahkan sebagai Tokoh Pejuang Bahasa Melayu Antarabangsa oleh kerajaan Malaysia tahun lalu.

Naib Presiden BFSU yang juga Naib Pengerusi Tabung Pendidikan BFSU, Profesor Peng Long dalam ucapannya mengucapkan terima kasih atas sumbangan Profesor Wu terhadap usaha pengajaran bahasa Melayu baik di universiti mahupun di seluruh negara China. Beliau menyanjung tinggi komitmen Profesor Wu dalam usaha menyebarkan bahasa Melayu di China dan merapatkan hubungan persahabatan China-Malaysia.

Profesor Wu menyatakan walaupun sudah berusia, beliau akan terus memberi sumbangan bagi perkembangan pendidikan modal insan dan inovasi pengajaran bahasa Melayu di China.

Selain itu, Naib Ketua Pusat Penyiaran Asia Tenggara yang juga Ketua Bahagian Bahasa Melayu Radio Antarabangsa China (CRI), Puan Zhang Wenwen dalam majlis tersebut menyatakan sebagai lulusan jurusan bahasa Melayu BFSU, beliau berasa amat bangga. Beliau berharap kerjasama antara CRI dengan BFSU akan terus ditingkatkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China