Wu Mian, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pelancongan Sichuan
Jumlah pelancong Malaysia ke Sichuan mencecah kira-kira 46 ribu orang pada tahun 2011. Angka tersebut dijangka akan meningkat pada tahun ini berikutan jumlah pelancong Malaysia ke provinsi tersebut sudah melebihi 40 ribu pada tiga suku pertama tahun 2012.
Demikian dinyatakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pelancongan Sichuan, Wu Mian Jumaat lalu.
Wu Mian Diwawancar oleh Wartawan CRI
Beliau berkata, Malaysia merupakan negara sumber pelancong yang ke-7 terbesar bagi provinsinya. Berhubung dengan penghantaran panda ke Malaysia, Wu berkata, jabatannya akan mengadakan beberapa program yang berkaitan dengan panda untuk menarik pelancong Malaysia ke Sichuan, termasuk satu pameran pelancongan bertemakan panda yang akan diadakan di Malaysia pada Februari tahun depan.