Pusat China-ASEAN menganjurkan Forum "Menuntut di ASEAN" minggu lalu. Pegawai pendidikan dari Kedutaan Besar Indonesia, Laos dan Vietnam memberikan taklimat berkaitan keadaan pendidikan peringkat tinggi di negara masing-masing dan membincangkan kaedah untuk menggalakkan kerjasama pendidikan peringkat tinggi antara China dengan ASEAN bagi menarik lebih ramai pelajar China melanjutkan pengajian di negara ASEAN.
Wakil beberapa universiti yang terkenal di China turut menghadiri forum tersebut.