Berita "Aung San Suu Kyi Angkat Sumpah Menjadi Ahli Parlimen" mengungguli Program Senarai 10 Berita Asia Tenggara Paling Penting 2012 anjuran bersama CRI dengan media-media utama serantau.
Sembilan berita lain yang tersenarai termasuk "Pertikaian Berhubung Pulau Huangyan", "Naw Kham Ditangkap di Laos", "AS-Myanmar Pulih Hubungan Diplomatik Peringkat Duta Besar ", "Mesyuarat Menteri Luar ASEAN Gagal Tandatangani Pengumuman Bersama", "Kemboja dan Thailand Undur Tentera dari Sempadan Dipertikaikan", "Rancangan Penyambungan Sistem Bursa Saham ASEAN Dimulakan", "Kerajaan Filipina Meterai Kerangka Perjanjian Damai dengan MILF", "Laos Anggotai WTO", dan ASEAN Anjurkan Rundingan RCEP".
Program anjuran CRI ini mendapat kerjasama media-media negara Asia Tenggara termasuk Radio Televisyen Malaysia (RTM), akhbar Utusan Malaysia, akhbar The Star , Stesen Radio Suara Vietnam (VOV), Stesen Radio Negara Laos (LNR), Stesen TV Negara Laos, serta Stesen Radio El-Shinta Indonesia.