Persatuan Persahabatan Malaysia-China (MCFA) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menganjurkan bersama aktiviti menanam pokok sempena ulang tahun ke-20 penubuhan persatuan tersebut di Kuala Lumpur semalam.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Ahmad Phesal Talib berkata, MCFA telah memberikan sumbangan dalam mengeratkan hubungan antara Malaysia dengan China, yang turut memberi manfaat kepada Malaysia, khususnya Kuala Lumpur.
Duta Besar China ke Malaysia, Chai Xi berkata penanaman pokok bukan sahaja memberi manfaat kepada generasi semasa, tetapi juga generasi akan datang dan sekali gus mengeratkan lagi hubungan erat sedia ada antara China dan Malaysia.
Pengerusi MCFA, Datuk Abdul Majid berkata, pihaknya sentiasa berusaha untuk meningkatkan kepercayaan dan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara.