Pertandingan Akhir dan Majlis Penyampaian Hadiah Puisi Persahabatan China-Myanmar diadakan di Naypyidaw, ibu negara Myanmar semalam. Aktiviti itu dihadiri oleh pegawai kanan kerajaan kedua-dua negara, termasuk Menteri Penerangan Myanmar, U Aung Gyi, Naib Presiden Persatuan Persahabatan China-Myanmar, Geng Zhiyuan dan kaunselor Kebudayaan China ke Myanmar, Wang Ruiqing. Aktiviti itu dianjurkan bersama oleh Radio Antarabangsa China (CRI), Stesen Radio dan Televisyen Myanmar serta Persatuan Persahabatan China-Myanmar.
Menurut Menteri Penerangan Myanmar, aktiviti ini amat bermakna bagi menerajui persahabatan dalam kalangan rakyat, di samping menerajui interaksi kebudayaan antara kedua-dua negara.
Seramai 26 orang pertandingan akhir telah mendeklamasikan puisi ciptaan mereka sendiri.