Cari:
Muslihat Lawatan Abe ke ASEAN Tidak Akan Berjaya
2013-01-17 15:08:05 CRI Cetak

Rencana pengarang yang diterbitkan dalam Akhbar Harian Sin Chew Indonesia semalam mengulas bahawa Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe yang suka berkelahi telah memulakan lawatannya ke Vietnam, Thailand dan Indonesia. Matlamat lawatannya adalah untuk "memperkukuh kerjasama ekonomi, tenaga dan keselamatan negara dengan ASEAN" dengan harapan untuk "menyumbang kepada kestabilan serantau menerusi hubungan strategik". Namun, ia merupakan muslihat bagi menyebarkan fahaman militaris Jepun seperti dalam Perang Dunia II demi membina "Kawasan Kemakmuran Bersama Asia Timur Raya" di ASEAN.

Abe telah menghulurkan bantuan kewangan yang berjumlah besar kepada negara ASEAN sambil menggembar-gemburkan teori "ancaman China" secara terbuka untuk menimbulkan perselisihan antara ASEAN dengan China, supaya ASEAN menyebelahi Jepun dalam isu pulau Diaoyu. Angan-angannya itu pasti tidak akan berjaya.

Pertama, ASEAN mengetahui bahawa kenyataan Abe iaitu "tiada ruang untuk perbincangan berhubung pulau Diaoyu" telah melampaui batas yang boleh diterima AS. Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton berulang kali menegaskan bahawa isu berkenaan mesti diselesaikan menerusi rundingan secara damai. Pihaknya tidak memegang sebarang pendirian berhubung masalah itu dan tidak mahu melihat berlakunya konflik bersenjata antara satu sama lain. Namun Abe terus mempertingkatkan kelengkapan ketenteraan negaranya bahkan menghantar jet pejuang. Bukankah tindakan seumpama itu bertujuan untuk memicu pertentangan? AS telah pun melahirkan rasa tidak puas hatinya berhubung hal ini.

Kedua, China telah berkali-kali menegaskan dasar pembangunan secara damai dan berharap Jepun menghormati fakta sejarah, menyelesaikan masalah kedaulatan melalui rundingan diplomatik dan tidak memijak "garis merah" ataupun melakukan provokasi. Namun Abe yang suka berperang dan bersikap keras tetap cuba berkonfrontasi dengan China dan menutup langsung saluran dialog antara kedua-dua pihak. Walau bagaimanpun, China lebih berwaspada dan membuat persiapan berkenaan.

Ketiga, sikap Abe yang suka berkelahi bertentangan dengan prinsip kedamaian dan persahabatan ASEAN. ASEAN memegang prinsip "menang-menang" dan mengekalkan hubungan rakan kerjasama strategik 10+1 dan 10+3 bagi memperhebat pertukaran ekonomi, perdagangan, pelaburan, kebudayaan dan teknologi. Indonesia dan ASEAN tidak akan termakan pujukan Abe, dan muslihatnya itu hanyalah angan-angan kosong.

Di dalam negara Jepun, Abe menghadapi kemorosotan ekonomi untuk kali keempat. Dan di luar negara pula, Abe ingin memulihkan "impian militaris" ketika menangani pertikaian kedaulatan dengan China, Republik Korea dan Rusia. Walau bagaimanapun, halangan terbesarnya bukan dari China dan Republik Korea, tetapi dari AS. Strategi AS kembali ke Asia Pasifik hanya bertujuan untuk memperkukuh kerjasama saling menguntungkan dengan China dan Asia. AS tidak akan membenarkan kebangkitan militaris dan tindakan kekerasan. Maka, impian Abe itu tidak mungkin menjadi kenyataan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China