China mempunyai kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan terhadap Kepulauan Nansha dan kawasan perairan di sekitarnya. Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei dalam sidang akbar di Beijing hari ini.
China telah dua kali menghalaukan kapal nelayan Filipina yang memasuki perairan Pulau Huangyan baru-baru ini. Berikutan dengan itu, Presiden Filipina pada Sabtu lalu berkata bahawa pihaknya akan menyerahkan isu pertikaian Laut China Selatan ke Tribunal Timbang Tara Antaranbangsa.
Sehubungan dengan itu, jurucakap Kementerian Luar China itu berkata, peristiwa berhubung Pulau Huangyan dicetuskan kapal perang Filipina yang menghalau kapal nelayan China di perairan tersebut pada tahun lepas. China berharap peristiwa seumpama itu tidak akan berulang.