Cari:
GBEZ Sambung Semua Arah
2013-02-27 14:51:53 CRI Cetak

Pada 19 Februari lalu, sebuah kapal kontena perdagangan luar Singapura berlabuh di Pelabuhan Qinzhou, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China setelah belayar selama 5 hari. Perjalanan itu 5 hari lebih pendek jika dibanding dengan transit melalui Hong Kong. Kedatangan kapal tersebut menandakan kejayaan percubaan laluan antara Qinzhou dengan Singapura, sekali gus bermakna terdapat satu lagi saluran baharu yang menyambungkan Kawasan Ekonomi Teluk Beibu Guangxi (GBEZ) dengan Singapura. Pada tahun lalu, dengan latar belakang kelemahan import eksport di seluruh negara, GBEZ mewujudkan jumlah import eksport sebanyak USD 14.89 bilion, meningkat 6.63 kali ganda berbanding dengan tempoh sebelum kawasan berkenaan ditubuhkan. Ia juga dilihat sebagai perintis bagi memakmurkan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA).

Seiring dengan rundingan CAFTA yang dimulakan pada tahun 2002 dan Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) pertama diadakan pada tahun 2004, Teluk Beibu telah menunggu peluang pembangunan. Sebagai papan anjal kerjasama Kawasan Perdagangan Bebas (FTA), GBEZ menyediakan perkhidmatan kepada bahagian Barat Daya, Selatan dan Tengah China, berkomunikasi dengan kawasan timur, tengah dan barat, serta berorientasikan Asia Tenggara. Ia bakal menjadi pangkalan logistik, perdagangan, pemprosesan dan pengeluaran serta pusat maklumat dalam rangka kerjasama China-ASEAN.

Kerajaan China meluluskan Rancangan GBEZ secara rasmi pada Januari 2008. Keterbukaan dan penerokaan Teluk Beibu pula dimaktubkan dalam strategi pembangunan negara. Sebagai kawasan etnik minoriti dan kawasan sempadan yang kurang maju, bagaimana dapat Guangxi membangunkan GBEZ yang seluas 42,500 kilometer persegi?

Pertama, penubuhan platform keterbukaan dalam pelbagai peringkat dan bentuk. CAEXPO dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) mula diadakan di Nanning pada tahun 2004. Ekspo yang sudah diselenggarakan sebanyak 9 penggal itu telah menyediakan "saluran Nanning" bagi kerjasama ekonomi dan perdagangan, interaksi dan mesyuarat antara satu sama lain.

Kedua, mengutamakan strategi pembangunan GBEZ. Sejak tahun 2008, modal pembangunan sebanyak RMB 1 bilion diperuntukkan ke dalam projek-projek GBEZ setiap tahun. Dalam tempoh enam tahun lalu, GBEZ telah membina 14 buah taman industri dan kemudahan infrastruktur berkenaan.

Menurut seorang pegawai Guangxi, wilayah itu akan mempercepat pembangunan pusat strategik ekonomi Nanning, Zon Pembangunan Dongxing serta taman kembar Qinzhou dan Kuantan atas kerjasama China-Malaysia bagi membentuk suasana keterbukaan yang baharu dan kerjasama yang berorientasikan ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China