Kedua-dua institusi, iaitu Kongres Kebangsaan Rakyat (NPC) China dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat (CPPCC) merupakan institusi yang paling baik bagi rakyat China.
Demikian dikatakan oleh Duta Besar Malaysia di China, Datuk Iskandar Sarudin ketika diwawacara oleh wartawan CRI semalam.
Beliau berkata, dasar-dasar penting dibincangkan oleh pembuat-pembuat dasar dalam kedua-dua institusi ini. Oleh itu, kedua-dua institusi ini saling berganting bahu dan saling bekerjasama antara satu sama lain. Keadaan tersebut mengharmonikan keputusan yang dibuat oleh kerajaan demi memberi kebaikan kepada rakyat.
Beliau memberikan perhatian yang cukup tinggi kepada sidang tahunan NPC dan CPPCC yang diadakan di Beijing melalui TV,internet dan media cetak. Menurutnya, jaminan sosial, hubungan dengan luar negara dan pendidikan merupakan topik yang paling menarik hatinya. Beliau berkata, ketiga-tiga topik tersebut bukan sahaja topik hangat dalam China, tetapi juga topik global yang mendapat perhatian seluruh dunia. Beliau berasa gembira kerana ketiga-tiga topik ini juga menjadi topik utama dalam sidang tahunan NPC dan CPPCC yang sedang diadakan, ini mencerminkan ahli-ahli kedua-dua institusi tersebut mengutamakan kehendak rakyat.