Sejak China dan ASEAN membina hubungan rakan strategik pada sedekad yang lalu, kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang ekonomi, perdagangan, pelaburan dan industri pelancongan amat berhasil di samping kerjasama dalam pertanian, sumber tenaga, infrastruktur, industri pembuatan dan pemprosesan terus meningkat. Demikian dinyatakan Naib Ketua Bahagian Asia, Kementerian Perdagangan China, Liang Wentao di Beijing hari ini.
Dalam mesyuarat pegawai kanan Ekspo China-ASEAN ke-10 yang diadakan di Nanning, Guangxi China hari ini, Liang Wentao memaklumkan bahawa perdagangan dua hala China-ASEAN mencecah USD400.1 bilion pada tahun 2012 dan China telah menjadi rakan dagang terbesar bagi ASEAN.