Cari:
Akhbar Swasta Pertama di Myanmar
2013-04-02 14:32:05 CRI Cetak

Pada bulan Disember lalu, kerajaan Myanmar telah mengumumkan bahawa mana-mana warga Myanmar boleh memohon untuk menerbitkan surat khabar di negara tersebut bermula 1 April tahun ini.

Pada hari tersebut, empat akhbar baharu diterbitkan di Myanmar dan dijual dengan laris. Antaranya, tiga akhbar disediakan secara percuma kepada pembaca, yang lain dijual dengan harga 150 Kyat (kira-kira RM0.5).

Selepas peraturan baharu itu diumumkan Disember lalu, 16 akhbar baharu dibenarkan diterbitkan di negara tersebut. Namun, hanya 4 akhbar diterbitkan pada hari pertama peraturan tersebut berkuatkuasa. Antaranya termasuk akhbar yang diterbitkan oleh Parti Pengukuhan dan Pembangunan Myanmar, iaitu parti yang dipimpin Presiden U Thein Sein.

Menurut seorang editor dari akhbar "Voice Daily" yang diterbitkan pada 1 April, beliau berasa amat teruja kerana akhbar itu yang asalnya akhbar mingguan kini diterbitkan sebagai akhbar harian. Sebelum empat akhbar harian tersebut diterbitkan semalam, semua akhbar di Myanmar diterbitkan secara mingguan. Penerbitan surat khabar harian merupakan batu tanda dalam sejarah akhbar Myanmar.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan Myanmar mula melonggarkan pengawalan terhadap penerangan dan badan media. Pada tahun 2011, kerajaan tersebut sudah melonggarkan pengawalan visa terhadap wartawan asing. Di Yangon, penduduk juga boleh menyampaikan pandangan secara bebas kepada media.

Walaupun bagaimanapun, undang-undang yang digubal semasa pemerintahan kerajaan tentera masih dikekalkan. Oleh itu, kebebasan media yang sebenar di negara tersebut masih dinanti-nantikan. Seorang wartawan yang telah bekerja di Myanmar selama 13 tahun berkata, beliau amat optimis dan penuh harapan terhadap pembaharuan dalam bidang pembangunan penerangan di negara tersebut, namun ia tidak semestinya penuh kejayaan setakat ini. Pembaharuan masih menghadapi cabaran dan ancaman yang tidak dapat diduga.

Di samping itu, puak pembangkang juga tidak berpuas hati terhadap pembaharuan kerajaan. Menurut mereka, langkah tersebut diambil oleh kerajaan yang cuma bermuka-muka dengan negara-negara Barat demi melonggarkan sekatan terhadap Myanmar dengan secepat mungkin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China