Presiden Myanmar, U Thein Sein ketika menghadiri upacara perasmian Forum Asia Boao 2013 pagi tadi berkata, forum itu menyediakan wadah yang baik bagi negara-negara Asia untuk bekerjasama dan bersama-sama menghadapi pelbagai cabaran seperti krisis kewangan, malapetaka alam serta kekurangan makanan dan sumber tenaga. Beliau yakin pelbagai negara di Asia mempunyai strategi dan langkah untuk meningkatkan kerjasama dan mendorong pembangunan bersama.
Menurutnya, pembangunan Myanmar amat penting bagi kestabilan dan pembangunan serantau. Pihaknya akan berusaha untuk membina kerajaan yang telus dan bertanggungjawab.