Cari:
Thailand-ASEAN Sedia Jamin Bersama Keselamatan Makanan
2013-04-08 17:41:39 CRI Cetak

Thailand bersedia bersama-sama dengan negara-negara ASEAN yang lain, memberikan sumbangan kepada jaminan keselamatan bahan makanan dunia.

Demikian komitmen Naib Perdana Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Kerjasama Thailand, Yukol Limlamthong ketika menghadiri sidang meja bulat pertanian yang bertemakan "Asia Berganding Bahu untuk Menjamin Keselamatan Bahan Makanan" sempena Forum Asia Boao hari ini.

Beliau menegaskan, keselamatan bahan makanan merupakan isu global yang patut diberi tumpuan utama. Thailand sebagai negara pembekal bahan makanan utama di dunia berusaha untuk meningkatkan produktiviti, membaiki mutu tanah pertanian dan giat mempopularkan teknologi pertanian yang maju. Langkah-langkah itu yang bukan sahaja terbukti berkesan di negara Thailand, akan dipromosikan di negara-negara ASEAN.

Sidang meja bulat tersebut turut disertai lebih sepuluh orang pegawai kanan dari sektor pertanian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China