Cari:
Lebuh Raya China-ASEAN Akan Beroperasi
2013-04-15 13:57:15 CRI Cetak

Sejak Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) siap ditubuhkan pada tahun 2010, jumlah perdagangan di kawasan sempadan antara Yunnan dan Guangxi di China dengan Vietnam, Myanmar dan Laos menunjukkan trend melambung. Walau bagaimanapun, pembinaan lebuh raya ASEAN masih mempunyai masalah "perkakasan" dan "perisian". Usaha mempercepat penaiktarafan jaringan lebuh raya serantau akan berperanan penting bagi mendinamikkan pembangunan ekonomi dan kerjasama antara negara-negara yang terlibat.

Terdapat dua lebuh raya utama di Thailand. Satu daripadanya berpusatkan Bangkok dan menyambungkan Kunming China melalui Laos di utara dan menuju ke Singapura menerusi Malaysia. Satu lagi menuju ke Vietnam melalui Laos di timur dan bertemu dengan Lebuh Raya Asia No.2 ke Mynamar di barat. Kedua-dua jalan yang melintasi wilayah Thailand itu menjadi "salur nadi utama" bagi jaringan lebuh raya Asia Tenggara, sekali gus menjadi saluran darat utama yang menyambungkan China dengan rantau berkenaan.

Disebabkan terdapat banyak bukit dan sungai serta pembangunan ekonomi yang kurang maju, pembinaan lebuh raya di Laos, Myanmar dan Vietnam agak ketinggalan. Contohnya, sebagai salah satu cawangan lebuh raya Kunming-Bangkok dan laluan yang penting bagi Laos, perjalanan dari Xaignabouli ke Vientiane yang sepanjang lebih 500 kilometer memakan masa selama 16 jam, termasuk masa menaiki kapal untuk menyeberangi sungai Mekong. Walau bagaimanapun, dengan terbinanya lebuh raya dan jambatan dalam laluan itu, panorama lebuh raya tersebut akan berubah besar dalam tempoh satu atau dua tahun lagi.

Lebuh raya Kunming-Bangkok yang selari dengan jalan tersebut di sebelah barat sentiasa dalam keadaan sibuk. Seiring dengan operasinya jambatan Mekong yang menyambungkan Chiang Kong, Thailand ke Houey Xay, Laos pada bulan Jun nanti, kenderaan tidak payah menaiki feri lagi untuk menyeberangi sungai.

Jalan raya di Thailand dan Malaysia adalah paling baik antara negara Asia Tenggara. Sebagai pusat pengangkutan serantau, penaiktarafan jalan raya di negara tersebut berfaedah bagi menggalakkan pengangkutan negara jiran. Kini, Thailand sedang memperhebat koridor ekonomi utara-selatan dan timur-barat. Selain itu, kerajaan Thai merancang memperuntukkan USD 73.3 bilion bagi menaik taraf sistem pengangkutannya. Lebih 80% akan digunakan untuk pembinaan landasan kereta api laju dan 14.7% pula diperuntukkan dalam pembinaan lebuh raya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China