Majlis penandatanganan Perjanjian Pembangunan Kawasan Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Anhui Di Indonesia yang dianjurkan oleh Badan Koordinasi Penanaman Modal(BKPM) Indonesia diadakan di Jakarta dan provinsi Anhui China semalam.
Timbalan pengerusi BKPM, Achmad Kurdiani berharap kerjasama antara Indonesia dengan Anhui, China akan bermanfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Anhui Pusat Parti Komunis China, Zhang Baoshun berkata, lawatan beliau ke Indonesia bertujuan untuk mempromosi kejayaan yang dicapai dalam usaha pembaharuan dan pelaksanaan dasar pintu terbuka Anhui, meningkatkan pemahaman pelbagai kalangan rakyat Indonesia terhadap Anhui, serta mengekalkan kerjasama ekonomi dan perdagangan Anhui di Indonesia.