Cari:
Projek Pasar Produk Pertanian China-ASEAN Dirasmikan di Qinzhou
2013-05-09 10:48:15 CRI Cetak

Pembinaan pasar produk pertanian China-ASEAN Qinzhou dilancarkan kelmarin. Projek yang menelan belanja RMB1.2 bilion itu dibangunkan oleh Syarikat Perdagangan Produk Pertanian China dan akan menjadi wahana perdagangan penting bagi import-eksport produk pertanian di China dan ASEAN di samping memberi manfaat kepada penduduk tempatan.

Pasar tersebut terdiri daripada lima kawasan, iaitu kawasan buah-buahan, perdagangan bersepadu, pemprosesan dan logistik hasil laut, perdagangan sayur-sayuran dan perkhidmatan rangkaian dingin. Pasar itu berfungsi sebagai pusat membeli-belah sehenti.

Program ini menggabungkan pasar-pasar produk pertanian yang kecil yang sedia ada di Qinzhou, menjadi wahana yang menyambungkan Tanah Besar China dengan ASEAN, Hong Kong, Macau dan Taiwan, turut bakal menyediakan peluang kerja kepada kira-kira 12 ribu orang tempatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China