Kastam Xiamen China memaklumkan semalam, jumlah perdagangan antara provinsi Fujian China dengan ASEAN mencecah USD 8.13 bilion. Perdagangan eksport Fujian terhadap ASEAN pada bulan April lalu meningkat hampir 50% kepada USD 2.53 bilion. Angka itu telah mencipta rekod baharu sejarah.
Pada masa yang sama, ASEAN kekal merupakan rakan dagang terbesar bagi Fujian. Menurut statistik, jumlah import eksport Fujian terhadap Malaysia meningkat 68% kepada USD 1.81 bilion; perdagangan terhadap Filipina meningkat 38% kepada USD 1.57 bilion, manakala angka terhadap Indonesia pula mencatat USD 1.57 bilion yang meningkat 15.5%.